suria

Legenda John Terry gantung but selepas 20 tahun beraksi

John Terry. Foto Reuters

PEMAIN Aston Villa, John Terry mengumumkan persaraannya selepas kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama 20 tahun.

Legenda Chelsea itu bermain untuk Aston Villa pada musim lalu tetapi tidak menandatangani kelab berkenaan menjelang kempen baharu.

Beliau kelihatan bersedia untuk menyertai Spartak Moscow tetapi langkah itu tidak berlaku, dan beliau kini menggantung butnya.

Terry terus dikaitkan dengan kembalinya ke Villa Park untuk membantu Thierry Henry dalam pasukan pengurusan baharu berikutan pemecatan Steve Bruce.

Pemain pertahanan itu membuat 717 penampilan buat Chelsea, enam semasa dipinjam untuk Nottingham Forest, sebelum meninggalkan Stamford Bridge bagi berhijrah ke Aston Villa pada 2017.

Beliau bermain 36 kali semasa di Aston Villa, dan turut bermain 78 kali dalam skuad kebangsaan England. - Mirror Online

John Terry

Artikel Berikut

Artikel Lain