“Beritahu semua orang (media) supaya balik, tidak perlu tunggu saya" - Chong Wei

SEPANG: Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersuara memohon semua pihak untuk menghormati ruang peribadinya pada ketika ini.

Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya di Taiwan hari ini.

Sejurus mengetahui beberapa media sedang menunggu kepulangannya hari ini sejak pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Chong Wei meminta jasa baik semua agar tiada liputan berita mengenainya ketika ini.

“Beritahu semua orang (media) supaya balik, tidak perlu tunggu saya. Saya tidak mahu semua media tunggu saya di lapangan terbang.

“Saya perlukan rehat ketika ini. Beberapa hari lagi saya akan panggil semua media untuk menjelaskan keadaan saya. Terima kasih,” katanya menerusi satu pesanan suara.

Sejak pagi tadi beberapa pihak media tempatan menunggu kepulangan Chong Wei di KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Sehingga kini maklumat terperinci mengenai jadual penerbangannya masih belum diketahui dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah di Subang menaiki jet peribadi.

Masalah kesihatan pemain berusia 36 tahun itu mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.

Sepanjang kariernya dalam badminton, Chong Wei meraih tiga kali pingat perak Sukan Olimpik pada 2008, 2012, 2016 dan tiga kali muncul naib juara Kejohanan Dunia (2011, 2013, 2015).

Beliau juga meraih gelaran 'Raja Siri Super' apabila menjuarai kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) paling banyak dalam sejarah.

Secara keseluruhan Chong Wei berjaya merekodkan 69 gelaran juara dan 34 naib juara. - BERNAMA

Lee Chong Wei

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19