“Saya bukan rakan serumah Ronaldo” - Bos Juventus pertahan CR

BOS Juventus Massimiliano Allegri memuji Cristiano Ronaldo kerana menjalankan tugas dengan baik dan menjaringkan gol cantik dalam kemenangan 2-0 ke atas Udinese.

Juara Serie A itu memenangi perlawanan untuk 10 kali berturut-turut, semua itu terima kasih kepada tendangan daripada Rodrigo Bentancur dan Ronaldo di Dacia Arena pada separuh masa pertama.

Ia merupakan penampilan pertama Ronaldo selepas menafikan tuduhan merogol yang dilemparkan kepadanya.

Kata Allegri, Ronaldo menyumbat empat gol dalam lapan penampilan di Serie A dan dilihat berada dalam keadaan yang mantap.

"Saya hanya boleh cakap tentang apa yang saya nampak.

"Saya bukan orang yang layak untuk bercakap tentang keadaan lain.

"Ronaldo bermain dengan hebat dan dia bekerja secara tenang.

"Saya tidak tahu bagaimana Ronaldo hidup di luar padang. Saya bukan rakan serumahnya!

"Dia nampak elok sahaja di mata saya," kata Allegri. - Goal

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain