suria

"Mungkin dalam tempoh setahun lagi kami sama tahap dengan Liverpool"

MAURIZIO Sarri menegaskan bahawa dia perlu tempoh setahun lagi sebelum Chelsea berada di tahap yang sama dengan Liverpool.

The Blues turun ke tangga ketiga liga selepas seri tanpa jaringan ketika bertemu West Ham pada aksi Ahad malam.

Skuad bekas pengendali Napoli itu bakal bertemu Liverpool pada pusingan ketiga Piala Carabao Rabu ini.

"Kami masih perlukan beberapa langkah lagi. Kami bertemu dengan pasukan yang sangat hebat dan telah bekerja dengan jurulatih sama selama tiga tahun.

"Manakala kami pula baharu bekerjasama selama 40 hari lalu, kurang sepuluh hari bagi perlawanan antarabangsa, jadi bagi kami ia masih terlalu awal.

"Kami perlu terus berkerja dan mungkin dalam tempoh setahun lagi kami akan berada sama tahap  dengan Liverpool," jelas Sarri.

Liverpool kini berada di tangga teratas liga dengan rekod enam kemenangan pertama liga.

Pada aksi Sabtu lalu, anak buah Jurgen Klopp itu turut menewaskan Southampton 3-0.

"Ia bakal menjadi perlawanan sengit. Mungkin tidak kepada kepada penonton, tetapi untuk kami ianya sukar.

"Pandangan saya, ia bukan perlawanan mudah menentang Salah, Firmino dan Mane."

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain