Anak lebih ramai berbanding gol dalam tempoh 913 hari - Sukan | mStar

Anak lebih ramai berbanding gol dalam tempoh 913 hari

Tinggal kenangan... Berahino bersama dengan Stephania.

SAIDO Berahino hanya menjaringkan dua gol dalam tempoh 913 hari.

Namun penyerang Stoke City itu nampaknya mempunyai kelebihan lain apabila didakwa menjadi bapa kepada tiga orang bayi dalam tempoh enam minggu, lapor The Sun.

Bekas tunang Berahino, Stephania Christoforou, 27, melahirkan bayi lelaki diberi nama Costa pada 30 Mei lalu.

Dan bekas kekasihnya, Chelsea Lovelace pula melahirkan seorang bayi perempuan diberi nama Aniya Marie pada 17 Julai.

Chelsea turut melahirkan anak Berahino.

Kedua-dua bayi itu menamakan Berahino sebagai bapa mereka dalam sijil kelahiran, lapor The Mirror.

Namun, seorang wanita turut mendakwa Berahino merupakan bapa kepada anak yang dilahirkannya pada 15 Julai lalu.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu membuat tuntutan di mahkamah untuk memasukkan nama Berahino di dalam sijil kelahiran anaknya, lapor The Sun.

Berahino, pemain menerima gaji paling mahal di Stoke, dan Stephania, pemilik restoran di Birmingham mengumumkan pertunangan mereka pada Jun tahun lalu.

Stephania melahirkan anak kepada Berahino pada Mei lalu.

"Bakal menjadi isteri Berahino... manusia paling gembira di muka bumi ketika ini," tulisnya di Facebook pada waktu itu.

Namun, Stephania meninggalkan Berahino selepas dia cuba membawa pulang Chelsea yang juga model ke rumah mereka.

Berahino menjaringkan gol ketika Stoke tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers, Sabtu lalu.

Dia turut meledak gol ketika Stoke memenangi Piala Carabao pada Ogos lalu.

Sebelum itu, dia belum pernah menjaringkan gol sejak 2016.

Saido Berahino , Stoke City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Akhyar hijrah ke Thailand?

Artikel Lain