suria

Menjelang Sukan Asia, stadium Palembang rosak akibat amukan penyokong

KURANG sebulan lagi, Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung di Palembang, Sumatera.

Namun, Sabtu lalu insiden kurang menyenangkan berlaku di Stadium Gelora Sriwijaya apabila berakhirnya perlawanan bola sepak antara Sriwijaya FC dan Arema FC.

"Penyokong kedua-dua pasukan merosakkan kerusi plastik di tempat duduk stadium dan meleparnya ke balapan.

"Kami kesal dengan tindakan penyokong ketika perlawanan Sabtu lalu.

"Saya bertugas di sini hampir 10 tahun, tidak pernah berlaku kerosakan seumpama itu seperti yang berlaku baru-baru ini," kata penyelia keselamatan stadium berkenaan, Rusli Nawi.

Stadium itu telah diubah suai sebagai persiapan menjelang sukan yang akan berlangsung antara 18 Ogos hingga 2 September ini.

Berdasarkan pemeriksaan, sebanyak 335 kerusi rosak dan sebahagian daripadannya perlu diganti dan kebanyakannya ditempah dari luar negara.

Setakat ini, polis telah menahan empat lelaki yang terlibat dalam kejadian yang berpunca daripada kekecewaan penyokong pasukan Sriwijaya yang kalah 0-3 dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Seramai 11,000 atlet dan 5,000 petugas terlibat dalam kejohanan kali ke-45 itu yang juga temasya sukan terbesar dunia melibatkan pelbagai acara selepas Olimpik.- AFP





Palembang, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Mbappe tak pilih Messi

Artikel Lain