suria

Mourinho dedah punca Pogba lebih bagus dalam skuad Perancis berbanding United

JOSE MOURINHO percaya persekitaran kejohanan berjaya memperhebat tumpuan Paul Pogba ketika Piala Dunia 2018.

Pemain Perancis mempersembahkan prestasi menakjubkan sepanjang kejohanan itu dan usahanya berhasil apabila berjaya membawa pasukan negaranya menjulang kemenangan 4-2 ke atas Croatia.

Pemain tengah United itu mengakui bahawa dia mempunyai isu dengan Mourinho pada musim lalu.

Gangguan tersebut bagaimanapun tidak mempengaruhi Pogba ketika bermain.

Mourinho berpandangan dia tahu faktor di sebalik kejayaan pemain bernilai £89 juta (RM473 juta) itu.

"Saya tidak fikir ia tentang kami menggali apa yang terbaik daripadanya.

Pogba merupakan pemain kebangsaan Perancis.

"Ia adalah disebabkan dia memberikan yang terbaik semampu yang boleh.

"Saya rasa Piala Dunia adalah tempat paling bagus untuk seorang pemain sepertinya memberikan yang terbaik.

"Kenapa? Kerana hampir sebulan, dia hanya perlu fikir tentang bola.

Mourinho mendedahkan punca Pogba dapat fokus dalam Piala Dunia.

"Ia adalah waktu dia dan pasukannya berkampung di kem latihan, terpisah daripada dunia luar untuk tumpukan perhatian kepada bola sepak.

"Pada musim bola sepak, anda boleh bermain perlawanan yang besar dan kemudian yang kecil, kemudian yang lebih kecil, selepas itu anda akan hilang tumpuan.

"Kemudian ada perlawanan yang besar pula. Dalam Piala Dunia, hala tuju emosi, tanggungjawab dan keputusan dalam permainan akan sentiasa menjadi lebih besar.

"Anda dalam fasa kumpulan, kemudian ke kelompok 16 terakhir, ke suku akhir, ke separuh akhir dan kemudian ke perlawanan akhir.

"Inilah yang memberikan motivasi dan menambah tumpuan para pemain. Jadi saya rasa ia adalah suasana yang sempurna untuk dia (Pogba)," kata Mourinho kepada ESPN.

Tambah Mourinho, dia berasa pemain memiliki rasa tanggungjawab yang lebih kepada negara apabila bermain dalam Piala Dunia. - Manchester Evening News

Paul Pogba

Artikel Lain