suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pemain England Paul Madeley meninggal dunia

Paul Madeley. Foto Reuters

BEKAS pemain Leeds, Paul Madeley meninggal dunia pada usia 73 tahun, menurut kelab itu.

Madeley menghabiskan kerjayanya selama 17 tahun bersama West Yorkshire, memenangi dua gelaran Divisyen Satu, dan Piala Liga di bawah pengurus, Don Revie.

Beliau turut bermain untuk pasukan England dengan membuat 24 penampilan bersama skuad kebangsaan itu pada 1970an.

"Paul Madeley meninggal dunia pada hari ini (23 Julai) di samping keluarganya di Leeds," menurut kenyataan dari keluarga mendiang, yang disiarkan di laman web Leeds.

"Paul merupakan seorang suami, bapa dan abang yang penyayang, dan keluarga amat berbangga dengan pencapaiannya termasuk pembabitannya untuk Leeds United dan England," menurut kenyatan itu. 

Madeley membuat penampilan sulung antarabangsa semasa menentang Ireland Utara pada 1971, dengan yang terakhir enam tahun kemudian bertemu Belanda. - Mirror UK

Paul Madeley

Artikel Lain