suria

Mbappe tak pilih Messi

Kylian Mbappe. Foto AFP

KYLIAN Mbpappe membuat pendedahan mengenai lima pilihan terbaiknya bagi calon pemain untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Ballon d'Or.

Pemain berusia 19 tahun itu merupakan antara tulang belakang bagi skuad kebangsaan Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, baru-baru ini.

Bercakap kepada media France Football baru-baru ini mengenai Piala Dunia, Mbappe ditanya mengenai siapa yang harus memenangi anugerah Ballon d'Or.

Mbappe yang juga pemain Paris Saint-Germain memberi empat nama sebagai pilihan terbaiknya.

"Neymar, Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan Raphael Varanem," katanya.

Tambahnya: "Bagi melengkapkannya (senarai), saya fikir saya perlu letak nama saya juga."

Menariknya, senarai lima pilihan Mbappe itu nampaknya terlepas pandang Lionel Messi yang sebelum ini merupakan penerima anugerah tersebut sebanyak lima kali. - Mirror

Lionel Messi, Kylian Mbappe

Artikel Sebelum

Artikel Lain