suria

Conte Tak Pasti Kekal Di Chelsea

Antonio Conte. Foto Reuters

ANTONIO Conte mengakui buat pertama kali beliau tidak tahu sama akan menjadi pengurus Chelsea musim depan atau tidak.

Bagaimanapun katanya, ketidakpastian itu menjadi masalah yang lebih besar buat kelab itu berbanding dirinya sendiri.

Chelsea bakal berdepan dengan Tottenham di kubu sendii pada  Ahad bahawa kekalahan akan meninggalkan mereka lapan mata di belakang pencabar lain di London.

Pasukan itu kini di tangga kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan hanya kemenangan tahun ini, dan tersingkir dari Liga Juara-Juara selepas kekalahan 3-0 di Barcelona, baru-baru ini. 

Walaupun mereka masih boleh memenangi Piala FA, kegagalan untuk layak ke Liga Juara-Juara menjadi tamparan hebat buat pemilik kelab, Roman Abramovich.

Ditanya adakah masa depannya bergantung kepada kedudukan empat teratas, Conte mengakui: "Saya tidak tahu. Saya mesti jujur, saya tidak tahu."

Namun tambahnya: "Ia bukan masalah saya. Ini masalah buat kelab, bukan saya."

Cakap-cakap mengenai masa depan Conte bukan lagi rahsia, malah menjadi topik perbincangan hangat tetapi pemain Chelsea, Davide Zappacosta, mahu Conte untuk terus kekal dalam pasukan itu.

Conte berkata: "Anda sangat tahu adalah lebih mudah untuk seorang pemain tahu sekiranya dia boleh kekal pada masa akan datang. Tugas kami adalah berbeza. Bagi kami ia adalah tidak pasti. 

"Anda boleh mempunyai kontrak tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas satu permainan atau satu tahun. Kami sangat bergantung kepada keputusannya." - Mail Online UK

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain