suria

Sandro Cuba Yakinkan Juventus Untuk Sertai United

Sandro menendang bola semasa perlawanan antara Spal menentang Juventus di stadium Paolo-Mazza di Ferrara pada 17 Mac lalu. - AFP

MANCHESTER United dikaitkan dengan beberapa khabar angin tentang perancangan perpindahan pemain.

Berita mengenai pemain bek kiri Juventus, Alex Sandro yang cuba meyakinkan kelabnya agar membenarkan dia menyertai Red Devils juga hangat diperkatakan.

Pemain kelahiran Brazil itu menjadi antara pemain bek penuh terbaik di Eropah sejak akhir-akhir ini dan dilihat sesuai untuk menyertai United.

Ashley Young juga dikatakan dipaksa untuk mengisi posisi itu selepas Jose Mourinho tidak yakin dengan kemampuan Luke Shaw dan sementara pemain England itu mempamerkan aksi yang baik sebagai penyerang, dia ternyata bukan satu penyelesaian jangka panjang bagi Red Devils.

Daily Mirror pula melaporkan Sandro sebagai antara sasaran utama United pada musim ini dan kini pemain itu juga memberi tanda positif untuk berpindah ke Old Trafford.

The Times pula mendakwa pemain berusia 27 tahun itu mencuri perhatian Mourinho yang kini sedang mendesak agar kelabnya membenarkan dia pergi.

United berjaya menandatangani kontrak dengan beberapa nama besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mana sebahagian besar wang diletakkan ke atas pemain tengah dan penyerang seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez. - Caught Offside

Alex Sandro

Artikel Berikut

Artikel Lain