suria

Gol Ke-100 Lukaku Bawa Tuah

Aksi Romelu Lukaku (tengah) selepas menjaringkan gol pertama buat Manchester United ketika menentang Swansea di Old Trafford. Foto AP

ROMELU Lukaku menjaringkan golnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang ke-100.

Gol bersejarah itu sekali gus membawa tuah kepada Manchester United, menewaskan Swansea dengan 2-0 di Old Trafford, Sabtu malam.

Pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho menunjukkan taring di awal permainan, dan Lukaku menjaringkan gol pembukaan pada lima minit pertama.

Alexis Sanchez yang membantu Lukaku memperoleh jaringan kemudiannya turut meraih gol pada minit ke-20.

Ketika ini, Manchester United berada di kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris, dengan 68 mata.

Ia mendahului Liverpool yang memperoleh 66 mata, dan perlu mengejar Manchester City di tangga teratas dengan 84 mata.


Romelu Lukaku, Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain