Klopp Mampu Pimpin Liverpool Rangkul Gelaran Liga Juara-Juara - Matthaus - Sukan | mStar

Klopp Mampu Pimpin Liverpool Rangkul Gelaran Liga Juara-Juara - Matthaus

Foto dari Reuters.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp kekal dengan falsafah serangan yang membuatkan dia digemari di Jerman dan berjaya menghimpunkan pemain yang mampu memenangi Liga Juara-Juara, kata pengurus bola sepak Jerman, Lothar Matthaus.

Juara lima kali Eropah, Liverpool berada dalam suku akhir untuk perlawanan tahun ini dan akan berdepan dengan Manchester City dalam leg pertama di Anfield pada 4 April ini.

Klopp memimpin bekas kelabnya Borussia Dortmund meraih gelaran Bundesliga pada 2011 dan pada 2012, pasukan itu turut memenangi Piala Jerman untuk aksi domestik berkembar dan dia juga berjaya membawa skuadnya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2013, namun kalah kepada Bayern Munich.

Jurulatih berusia 50 tahun itu mengambil alih Liverpool pada 2015 dan mencipta rekod kontrak dengan menandatangani beberapa pemain ternama seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Matthaus.

"Dia (Klopp) tidak terlalu mengubah gayanya (daripada Dortmund)... dia telah melakukan kerja yang bagus.

"Saya percaya sejak dari awal dia dan Liverpool mempunyai hubungan yang sangat baik.

"Anda boleh lihat keputusan yang bagus, permainan yang bagus dan dia membawa masuk pemain yang betul.

"Bagi saya, ia pasukan yang boleh memenangi Liga Juara-Juara dalam masa dua bulan ini di Kiev," kata Matthaus menerusi laman web kelab itu. - Daily Mail

Lothar Matthaus

Artikel Sebelum

Barcelona Sedia Ambil Luke Shaw

Artikel Berikut

Artikel Lain