suria

Kafa Tarik Nafas Lega Denda Dikurangkan

KOTA BHARU: Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018, membantu mengurangkan tekanan kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan yang dibuat Malaysia Football League (MFL) itu penting untuk persatuan berkenaan melakukan perancangan sepanjang musim ini dalam keadaan kekangan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Denda 10 Pasukan Lewat Daftar Pemain Dikurangkan

"Ia sangat membantu kami kerana terlalu banyak dana diperlukan bagi membayar hutang sedi ada dan untuk menguruskan persatuan, bantuan-bantuan yang kita terima tidak banyak," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam pada Isnin dilaporkan berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari, selepas pemakluman hukuman dibuat.

Bagi denda melibatkan pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.

Kafa

Artikel Lain