suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Intai Kieran Tierney Ganti Luke Shaw

MANCHESTER United sedang mempertimbangkan Kieran Tierney dari Celtic sebagai pemain yang berpotensi menggantikan Luke Shaw, menurut laporan media.

Bos United, Jose Mourinho secara terangan mengkritik pemain bek kiri itu beberapa kali dan nekad untuk menggugurkan Shaw pada musim panas ini.

Daily Record mendakwa ahli lembaga Red Devils berusaha mendapatkan pemain dari Scotland untuk menyertai kelab itu.

United turut dikaitkan dengan pemain bek kiri Juventus, Alex Sandro, tetapi Tierney adalah alternatif yang lebih berbaloi berbanding kontrak selama enam tahun dengan Hoops pada Oktober.

Tierney mempamerkan aksi cemerlang di Glasgow dan juga berpengalaman bermain di Eropah.

Kebolehan pemain itu bermain secara versatil memberikan kelebihan kepada Mourinho.

Tierney membuat kemunculan bersama Celtic pada 2014 dan sejak itu dia menjadi perhatian beberapa kelab terbaik. - Talk Sport

Kieran Tierney

Artikel Lain