suria

Barcelona Sedia Ambil Luke Shaw

Foto dari Reuters.

BARCELONA dikhabarkan bersedia untuk menawarkan 'laluan 'keluar' kepada Luke Shaw, sementara Liverpool pula dalam keadaan tidak senang duduk apabila pemain sasaran kelab itu mungkin boleh berpindah pada musim panas nanti.

Layanan yang diberikan oleh Jose Mourinho kepada pemain berusia 22 tahun itu disifatkan seperti 'buli' oleh sesetengah pihak.

Namun, kelab gergasi dari Sepanyol itu sudah bersedia menarik Shaw sebagai pemain bek utama yang baharu.

Barca percaya kontrak bersama Shaw akan menjadi satu perniagaan bagus, walaupun turut dikaitkan dengan pemain Bayern Munich, David Alba.

Sementara itu, Liverpool pula terpaksa menunggu lebih lama apabila Dani Ceballos dilaporkan boleh meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini, lapor Mundo Deportivo.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya menyertai Real pada Julai lalu, tetapi berdepan detik sukar ketika masa permainan di Madrid dan kini dikatakan sudah dibenarkan untuk pindah ke kelab lain. - Fox Sports

Barcelona, Luke Shaw

Artikel Lain