suria

Jika Benar, AFC Tunggu Surat Rasmi TMJ

PETALING JAYA: Luahan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengundur diri masih menjadi tanda tanya.

Menerusi posting pada Khamis malam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan hasratnya untuk meletak jawatan selepas kecewa dengan perkembangan bola sepak negara apabila ranking merosot.

Bagaimanapun, kenyataan Tunku Ismail itu tidak dianggap sebagai keputusan rasmi, malah pihak FAM sendiri telah mengesahkan beliau masih presiden untuk badan induk bola sepak negara ini.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul berkata, ia hanya status di media sosial, bukannya pengesahan rasmi.

"Perkara rasmi perlu disusuli dengan surat menyurat. Sehingga itu pihak saya tidak boleh memberi sebarang ulasan mengenai perkara ini.

"Lagipun kenyataan FAM sendiri memberitahu Tunku Ismail masih sebagai presiden.

TMJ Calon Tunggal Layak Terajui FAM Ketika Ini - Hamidin

"Jadi saya menganggap ini bukan sesuatu yang serius. Kalau benar, kita tunggu surat rasmi mengenai perkara tersebut," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut kenyataan Tunku Ismail yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers : "Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya".

AFCm Windsor Paul, TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain