suria

Giggs Panggil Dua 'Orang Lama' Bantu Wales

Giggs (tengah) memperkenalkan staf baharu Wales Roberts (kiri) dan Stuivenberg.

RYAN Giggs mula melengkapkan barisan pembantunya untuk menguruskan Wales.

Ketua jurulatih Wales itu memanggil Albert Stuivenberg dan Tony Strudwick sebagai staf pasukan menjelang perlawanan Piala China nanti.

Stuivenberg  dan Strudwick merupakan bekas staf skuad Manchester United serta pasukan England ketika beraksi pada aksi Piala Dunia 2014 Brazil.

Sementara itu, Osian Roberts dan jurulatih penjaga gol Tony Roberts yang bekerja bersama jurulatih sebelum ini, Chris Coleman kekal dalam barisan pengurusan Wales.

"Saya berpuas hati dengan staf yang ada sekarang. Semua yang saya bawa adalah pilihan utama.

"Osian adalah individu yang telah lama bersama skuad dan banyak membantu dalam pemilihan pemain muda. Begitu juga Tony.

"Saya pernah bekerja dengan Albert dan Tony di United," ujarnya.

Giggs dilantik menjadi jurulatih Wales menggantikan Coleman pada 16 Januari lalu.

Ryan Giggs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain