suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Europa: Wenger Gembira Arsenal Ke Suku Akhir

ARSENE Wenger mengakui terlepas pandang ketika aksi penalti pemainya sebelum menang 3-1 ke atas Milan.

Pemainnya, Danny Welbeck menerima sepakan penalti selepas dijatuhkan pemain pertahanan Milan, Ricardo Rodriguez.

"Secara jujurnya saya tidak sedar. Apabila melihat kembali aksi sepakan penalti itu nanti, saya akan beri jawapan yang jujur.

"Saya tidak mahu menuduh Danny apa-apa sebelum saya melihatnya (rakaman)," ujar pengurus Arsenal itu.

Wenger kini mengakui lebih sedikit lega apabila mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Malah dia mahu mengelak skuadnya bertemu lawan pilihan, Atletico Madrid pada aksi suku akhir nanti.

"Ia lebih baik. Kamik perlu melindungi keputusan. Ia menunjukkan tindak balas pemain.

"Kami bertemu dengan lawan sukar dan akhirnya menang," jelas Wenger.

Pada perlawanan kalah mati itu, Welbeck meledak dua gol pada minit ke-39 (penalti) dan 86', manakala Xhaka menyumbat gol minit ke-71.

Manakala gol tunggal Milan dijaringkan oleh Calhanoglu.

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain