suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Dedah Reaksi Pogba Diletak Di Bangku Simpanan

Mourinho tidak puas hati dengan Pogba ketika perlawanan menentang Spurs. -fotoREUTERS

JOSE Mourinho telah bercakap tentang reaksi Paul Pogba apabila digugurkan dalam kesebelasan utama ketika Manchester United menang ke atas Huddersfield Town pada Sabtu.

Persembahan pemain tengah Perancis itu dikritik oleh Mourinho ketika United kalah 0-2 kepada Tottenham Hotspur Rabu lalu dan dikeluarkan selepas 63 minit perlawanan.

Pogba kemudiannya dinamakan sebagai pemain ganti dalam pertembungan United dengan Huddersfield tetapi dibawa masuk pada babak kedua apabila pasukan Mourinho mencatatkan kemenangan 2-0 dengan jaringan gol Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.

Ketika ditanya bagaimana Pogba bertindak balas diletakkan sebagai pemain ganti, Mourinho menjawab: "Reaksi yang anda telah lihat, masuk ke padang dengan keinginan besar untuk bermain.

"Sejujurnya, pada separuh masa kedua dia sudah bersedia, kerana saya boleh menganalisis bahasa badan, menunjukkan bahawa dia sudah bersedia.

"Sedia dengan fisio, dia sudah mula memanaskan badan, jadi saya fikir dia menunjukkan reaksinya dengan cara yang sangat profesional." -metroUK

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain