suria

Conte Hilang Sokongan Pasukan, Seorang Pemain Terkecuali!

Antonio Conte. -fotoREUTERS

BOS Chelsea Antonio Conte dilaporkan sudah hilang sokongan daripada skuad bimbingannya, kecuali daripada seorang pemain.

Conte kini sedang tertekan apabila Chelsea yang akan menentang Watford malam ini perlu berusaha mencapai kemenangan.

The Blues kalah kepada Bournemouth dalam perlawanan baru-baru ini dan tersingkir dari Piala Carabao selepas kalah kepada Arsenal serta berada dalam kedudukan bahaya tersingkir dari ranking keempat teratas liga.

Perlawanan menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara sangat menguji kelab ini.

Express Sport difahamkan kekalahan pada awal pagi Selasa boleh membawa bencana kepada pengurus dari Itali ini yang mungkin akan dipecat selepas sembilan bulan meraih gelaran Liga Perdana.

Bekas pengurus Juventus itu secara terbuka meminta pandangan dari kelab Stamford Bridge berhubung keyakinan mereka terhadap dirinya.

Tetapi hayatnya di Chelsea seolah-olah akan berakhir kerana Conte juga telah kehilangan sokongan pemainnya, menurut ESPN Brazil.

Laporan itu menyatakan bahawa bos Blues mempunyai masalah dengan pemain pada musim panas selepas kemelut hubungannya dengan Diego Costa diketahui umum.

Penyerang itu akhirnya dijual kepada Atletico Madrid tetapi isu-isu lain tidak lama kemudian muncul, dengan David Luiz pula menjadi 'mangsanya.

ESPN mendakwa skuad hampir hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap Conte dan situasi kelab itu kini serupa dengan keadaan Jose Mourinho di kelab itu pada tahun 2015.

Cesar Azpilicueta dikatakan menjadi satu-satunya pemain yang kini sepenuhnya menyokong Conte.

Dan kenyataan terkini Conte menunjukkan dia sendiri dapat merasakan masanya mungkin berakhir, mengakui dia tidak mengharapkan panggilan undi keyakinannya dijawab.

"Apabila terdapat khabar angin tentang saya sejak perlawanan pertama musim ini, mungkin saya boleh minta kelab menyediakan satu kenyataan untuk mereka menyatakan kepercayaan mereka terhadap tugas saya," katanya.

"Saya tahu ini tidak pernah berlaku pada masa lalu, jadi mengapa saya berharap sesuatu yang berbeza?"

Antonio Conte, Cesar Azpilicueta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain