suria

Van Dijk Pilih Liverpool

LIVERPOOL mengumumkan mereka telah berjaya dalam persaingan mendapatkan khidmat bintang Southampton Virgil van Dijk.

Sebelum ini, kelab gergasi The Merseyside itu terpaksa mengemukakan permohonan maaf selepas cuba mendapatkan Van Dijk pada musim panas lalu tidak mengikut prosedur.

Chelsea, Manchester City dan Liverpool mengadakan rundingan dengan Van Dijk baru-baru ini dan pemain tersebut sudah memutuskan kelab yang akan disertainya.

Liverpool dilaporkan bersetuju dengan bidaan sebanyak 75 juta pound sterling selepas mengadakan rundingan serius minggu lalu.

“Kelab Bola Sepak Liverpool boleh mengesahkan kami sudah mencapai persetujuan dengan Southampton untuk mendapatkan khidmat Virgil van Dijk,” demikian menurut kenyataan kelab tersebut.

Nampaknya, pemain pertahanan berusia 26 tahun itu akan berhijrah ke Anfield sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka semula awal bulan depan.

Malah Van Dijk akan menyarung jersi No.4 sebaik tiba di Liverpool.

Difahamkan pemain kebangsaan Belanda itu akan menerima gaji sekitar 180,000 pound seminggu di Anfield.

Van Dijk melakukan pemeriksaan kesihatan bersama Liverpool pada Rabu dan kelab itu mengumumkan sudah mencapai kata sepakat berhubung perpindahan pemain tersebut di sebelah petang.

Virgil van Dijk

Artikel Sebelum

Kelibat Sanchez Dilihat Di Paris

Artikel Berikut

Nasib Flanagan Selasa Depan

Artikel Lain