suria

Kelibat Sanchez Dilihat Di Paris

BINTANG Arsenal Alexis Sanchez memberi bayangan bahawa dia bersedia berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelibatnya dikesan berada di kota Paris, Selasa lalu.

Kontrak Sanchez akan berakhir pada hujung kempen musim 2017/2018 dan Arsenal telah mempertimbangkan untuk menjual pemain berusia 29 tahun itu awal bulan depan.

PSG, Bayern Munich dan Manchester City bersaing untuk mendapatkan khidmatnya dan Arsenal sanggup melepaskan Sanchez dengan bidaan sekitar 35 juta pound sterling.

City dilaporkan hanya akan menandatangani khidmat Sanchez pada musim panas akan datang.

Oleh itu, PSG ada peluang cerah untuk memenangi persaingan terhadap bintang Chile itu.

Foto Sanchez dirakam di lapangan terbang sebaik tiba dari Paris, pagi Selasa lalu, dua hari sebelum Arsenal bertemu Crystal Palace di Selhurst Park.

Difahamkan rakan pasukannya di Emirates kurang senang dengan sikap Sanchez sejak awal tahun ini.

Alexis Sanchez, PSG

Artikel Sebelum

Mkhitaryan Mahu Kembali Ke Jerman

Artikel Berikut

Van Dijk Pilih Liverpool

Artikel Lain