suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib Flanagan Selasa Depan

Jon Flanagan. - EPA/PETER POWELL

SEORANG pemain bola profesional, Jon Flanagan yang bermain untuk Liverpool di Liga Perdana Inggeris pada Rabu didakwa atas tuduhan melakukan serangan susulan insiden yang berlaku di pusat bandar pada Jumaat lalu, kata polis.

Pemain pertahanan yang berusia 24 tahun itu disoal siasat oleh polis selepas ditahan pada awal pagi 22 Disember.

Seorang jurucakap polis memberitahu Sky Sports, Flanagan melakukan serangan itu di pusat bandar Liverpool pada pukul 3.20 pagi Jumaat lalu.

Pemain itu dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibicarakan di mahkamah majistret pada 2 Januari ini.

"Kelab sedar tentang insiden yang melibatkan salah seorang anggota pasukan kami.

"Kami tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini kerana kes siasatan masih berjalan," kata jurucakap Liverpool kepada Reuters.

Jon Flanagan

Artikel Sebelum

Van Dijk Pilih Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain