suria

Selangor Kempunan Ke Indonesia

Skuad Red Giants kendalian Maniam terpaksa membatalkan hajat asah taring di Indonesia.

SELANGOR mengesahkan perlawanan pra musim yang sepatutnya diadakan di Indonesia 7 hingga 17 Januari depan dibatalkan.

Pengendalinya, P Maniam berkata, beliau sendiri kurang pasti mengapa aksi persahabatan di negara jiran itu dibatalkan kerana tidak diberitahu punca yang sebenarnya.

"Ya, aksi persahabatan di Indonesia sudah dibatalkan. Saya pun tak pasti, mungkin presiden di sana tak bagi atau apa, itu saya tidak tahu," katanya.

Ditanya adakah itu memberi bayangan dua pemain Indonesia yang telah ditandatangani sebelum ini, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn tidak akan dilepaskan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menyertai Selangor, Maniam enggan memberikan sebarang komen.

"Ini soalan yang sukar untuk dijawab dan sangat sensitif. Lebih baik dapatkan kenyataan pengurus pasukan," katanya.

Sementara itu, pengurus Selangor, Abdul Rauf Ahmad yang dihubungi semalam menafikan mengenai perkara tersebut.

Katanya, Evan dan Ilham masih akan bersama The Red Giants kerana sudah menandatangani kontrak bersama Selangor dan akan mula menjalani latihan dalam masa terdekat.

"Saya rasa larangan PSSI itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana kalau dari aspek profesional itu tidak menjadi sebarang isu besar.

"Insya-Allah mereka akan bersama kita untuk menjalani latihan dalam masa terdekat," katanya. - Sinar Online

Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penyokong Hentam Lukaku

Artikel Lain