suria

300 Juta Tak Cukup - Mourinho

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho mendakwa dana 300 juta pound sterling yang diperuntukkan kepadanya tidak mencukupi selepas pasukan itu melepaskan lebih banyak mata, kali ini kepada Burnley di gelanggang sendiri.

Jesse Lingard yang diturunkan dari bangku simpanan menjaringkan dua gol untuk United sekali gus menyelamatkan maruah pasukan selepas Burnley mendahului dengan 2-0 pada babak pertama.

“(Dana) tidak cukup. Kami berada di tahun kedua untuk cuba mengukuhkan sebuah pasukan yang anda tahu bukan yang terbaik di dunia. Manchester City membeli ramai pemain hebat,” katanya.

Pada masa sama, Mourinho turut mempertahankan prestasi anak buahnya yang didakwa semakin merudum selepas hanya sekadar terikat seri dengan Bristol City dan Leicester City.

“Mengapa? Kerana kami layak untuk menang?

“Kerana kami menjaringkan dua gol kemudian lawan pun (jaring) dua gol? Kualiti permainan kami, risiko yang kami ambil hari ini dan juga ketika menentang Leicester, pasukan yang layak menang kedua-dua perlawanan itu adalah kami,” katanya.

United akan ketinggalan 16 mata di belakang Manchester City sekiranya pasukan itu berjaya menundukkan Newcastle United, malam Rabu.

Sementara itu, Chelsea pula hanya ketinggalan satu mata di belakang United selepas menang 2-0 ke atas Brighton.

Mourinho, Burnley

Artikel Sebelum

Conte Pujuk Vidal

Artikel Berikut

Artikel Lain