suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah, Nergeri Sembilan Ke Indonesia

Pemain Kedah menjalani latihan awal musim. Foto kredit: Kedah FA

KUALA LUMPUR: Juara Piala FA 2017, Kedah dan pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan akan menyertai dua kejohanan bola sepak jemputan di Indonesia sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menerusi entri terbaharu dalam Facebooknya memaklumkan skuad Lang Merah kendalian Ramon Marcote akan menyertai Piala Super Suramadu dari 8 hingga 12 Januari depan.

Kejohanan empat penjuru itu yang dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Bengkalan, Jawa Timur akan turut disertai dua kelab Liga 1 Indonesia iaitu Madura United, Persela Lamongan selain Persebaya yang beraksi dalam Liga 2 Indonesia.

KFA turut memaklumkan skuad Lang Merah akan meneruskan persediaan pramusim dengan berdepan kelab Liga Perdana, PKNP FC pada aksi persahabatan di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia, Sintok pada 17 Januari ini.

Mereka kemudiannya akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Tiga Penjuru di Sabah yang turut melibatkan pasukan Sabah dan wakil Brunei, DPMM FC dari 19 hingga 21 Januari.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menerusi entri dalam laman Facebook mereka memaklumkan skuad Rusa bakal menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Super Asia PSM Makassar pada 19 hingga 21 Januari.

Kejohanan empat penjuru berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Andi Mattalatta, Makassar turut disertai tiga pasukan lain iaitu Adelaide United (Australia), Home United (Singapura) dan PSM Makassar selaku pasukan tuan rumah.

Terdahulu, skuad Rusa akan mengadakan persediaan pramusim dengan menyertai beberapa aksi persahabatan menentang kelab Kemboja di negara berkenaan dari 4 hingga 11 Januari.- Bernama

Kedah FA, Negeri Sembila

Artikel Sebelum

300 Juta Tak Cukup - Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain