suria

Conte Pujuk Vidal

ANTONIO Conte telah mengadakan rundingan dengan pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal mengenai perpindahan ke Chelsea, lapor media di Chile.

Kontrak Vidal bersama kelab gergasi Jerman itu akan berakhir pada Jun 2019 dan dia masih belum menandatangani kontrak lanjutan.

Sebelum ini, laporan di Jerman mendakwa Bayern sedang mempertimbangkan untuk menjual Vidal pada hujung musim ini.

Namun La Cuarta melaporkan, Conte telah menghubungi Vidal dalam usaha untuk menyakinkan pemain itu supaya berhijrah ke Stamford Bridge.

Malah Conte turut dilaporkan berbincang mengenai butiran terperinci tawaran kontrak kepada bintang Chile itu dengan Chelsea bersedia membayar gaji sebanyak 250,000 pound sterling seminggu kepadanya.

Menurut La Cuarta, Chelsea bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan khidmat Vidal kerana Bayern menuntut bayaran perpindahan sekitar 60 juta pound sterling.

Vidal, 30, pernah bekerjasama bersama Conte ketika di Juventus pada 2011 dan mereka memenangi trofi Serie A bersama-sama.

Ketika ditanya mengenai khabar angin akan bergandingan semula dengan Conte di Chelsea, Vidal berkata: "Saya pernah kata sekiranya saya pergi berperang saya akan bawa Conte bersama.”


Conte, Vidal

Artikel Sebelum

Penyokong Hentam Lukaku

Artikel Berikut

300 Juta Tak Cukup - Mourinho

Artikel Lain