suria

Dovizioso Tewaskan Marquez Pada Austria GP

SPIELBERG, Austria: Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (gambar) meraih kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Austria MotoGP 2017 pada Ahad selepas menewaskan pelumba Honda, Marc Marquez dengan persaingan yang amat sengit.

Dovizioso kehilangan rentak pada pusingan akhir tetapi memecut laju untuk mengejar Marquez sekali lagi sebelum perlumbaan berakhir sekaligus memenangi acara itu dengan 0.176 saat.

Sementara itu, pelumba Honda, Dani Pedrosa pula menduduki tempat ketiga apabila menamatkan perlumbaan dengan 2.661 saat di belakang.

Marquez, yang memulakan kedudukan tiang untuk kali kelima musim ini, mendahului kedudukan dengan memungut 16 mata lebih tinggi berbanding Dovizioso.

Ia adalah kemenangan ketiga Dovizioso musim ini selepas kemenangannya di Itali dan Catalonia serta kemenangan kedua Ducati di Red Bull Ring sejak Austria GP kembali ke kalender pada tahun lalu. - Statesman

Andrea Dovizioso, Ducati

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain