suria

Wenger Mahu Ramai Pemain Britain Kuasai Arsenal

ARSENE Wenger mengharapkan lebih ramai pemain bintang tempatan akan menguasai skuad Arsenal pada masa akan datang.

Menurut Wenger, ia lebih kelihatan semulajadi jika lebih ramai pemain Britain bermain untuk dengan kelab ini.

"Mereka mula belajar di Arsenal seperti Aaron Ramsey, Alex Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs, Theo Walcott dan Jack Wilshere.

"Dan mereka perlu mengetuai serta bertanggungjawab terhadap pasukan.

"Saya banyak bercakap mengenai masa depan saya tetapi apa yang lebih penting adalah nilai dan semangat yang telah kami bina dalam tempoh 20 tahun ini.

"Mereka inilah yang akan mengambil alih dan menjaga nilai tersebut di sini," jelasnya.

Bagaimana pun pengurus The Gunners itu enggan mendedahkan sama ada dia akan menyambung kembali kontraknya yang bakal tamat musim ini.

Wenger,67, bakal membawa Arsenal ke aksi separuh akhir kali ke-11 Piala FA Inggeris musim ini bertemu Manchester City di Stadium Wembley, Ahad.

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain