suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Allardyce Hanya Mahu Tiga Mata

SAM Allardyce mengakui Crystal Palace hanya mensasarkan minimum tiga mata dalam baki perlawanan Liga Perdana Inggeris sekaligus mampu menyelamatkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana.

Palace bertandang ke Anfield Ahad malam sebelum menerima kunjungan Tottenham seterusnya bertemu Burnley.

Allardyce percaya, jika mereka mampu mengumpul jumlah 38 daripada 35 mata, Palace boleh memulakan perancangan baharu musim 2017/18.

Peningkatan Palace dilihat semakin positif sejak mengambil alih skuad ini sejak Januari lalu.

"Tiga puluh lapan mata sudah cukup untuk menyelamatkan kedudukan. Dan kami mempunyai peluang untuk mengutip mata dalam tempoh terdekat ini.

"Selepas hujung minggu ini, kami masih ada tiga baki perlawanan. Hanya perlu satu kemenangan.

"Tekanan akan berterusan, jadi kami perlu mengutip mata sebaik mungkin," jelasnya.

Crystal Palace kini menduduki tangga ke-16 liga dengan 35 mata selepas 32 perlawanan.

Sam Allardyce, Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain