suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Negeri Sembilan Mesti Ada Mentaliti Kemenangan - MB

SEREMBAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan setiap pemain skuad Rusa supaya mempunyai mentaliti kemenangan dalam setiap perlawanan bagi memastikan kejayaan milik mereka.

"Kalau ada mentaliti untuk menang...InsyaAllah (kita boleh mencapai kemenangan). Jangan kita hidup ini berasa selesa, sebaliknya mesti sentiasa mahu berjaya," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian menjelang perlawanan suku akhir kedua antara Negeri Sembilan dan Sabah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini Jumaat malam.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 1 April lepas, Sabah tewas 0-1 kepada juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan di gelanggang sendiri ​​menerusi jaringan pemain import pasukan pelawat dari Montenegro, Marko Simic pada minit ke-26.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mengingatkan pemain supaya menganggap setiap perlawanan itu sebagai pentas akhir kerana matlamat skuad Rusa ialah untuk muncul juara.

"Saya doakan Negeri Sembilan menang pada perlawanan suku akhir kedua itu. Kita jangan mudah selesa...bermain dengan baik kerana setiap perlawanan berbeza," katanya.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain