suria

Mourinho Cabar Martial Contohi Rashford

Anthony Martial

JOSE Mourinho mencabar anak didiknya Anthony Martial supaya bekerja lebih keras bagi membolehkan dirinya kerap diturunkan dalam kesebelasan utama.

Martial, yang direkrut dari AS Monaco dengan nilai perpindahan mencapai £58 juta pada musim panas 2015 pada musim ini dilihat jarang-jarang diberi peluang untuk bermain.

Pemain dari Perancis itu juga tidak disenaraikan dalam skuad Manchester United ketika mereka menang ke atas Chelsea baru-baru ini.

Setakat ini Martial hanya tampil 12 kali sebagai 'starter' dari keseluruhan 18 penampilan di Liga Perdana Inggeris.

Dia hanya menjaringkan enam gol dalam semua perlawanan, tiga daripadanya menerusi Liga Perdana.

Mourinho sebelum ini pernah mengkritik sikap dan persembahan Martial.

Menurutnya, pemain berusia 21 tahun itu kurang memaksimumkan peluang yang diperolehi.

Melihat peningkatan persembahan Marcus Rashford sejak kebelakangan ini, Mourinho mencabar Martial supaya mencontohi kerja keras pemain antarabangsa Inggeris itu.

"Saya tahu kami sudah bersama selama 10 bulan. Sama seperti saya mengenali para pemain jauh lebih baik, para pemain juga seharusnya dapat mengenali saya jauh lebih baik," kata Mourinho memetik ESPN FC.

"Saya tahu apa yang pemain suka, saya fikir mereka juga tahu apa yang saya suka. Saya harus menentukan arah tuju pemain, pemain juga harus mengikut arahan saya.

"Sebab itulah Marcus Rashford, walaupun tanpa menjaringkan gol, walaupun tak menjaringkan gol dalam liga sejak September, dia tetap menjadi pemain yang saya percaya, yang selalu saya turunkan, yang selalu saya sokong. Kerana dia selalu mengikut arahan saya, yang saya inginkan daripada seorang pemain, yang saya inginkan sebagai pengurus Manchester United.

"Apakah saya fikir Anthony adalah seorang pemain yang mempunyai potensi hebat? Saya rasa ya. Apakah saya fikir dia mampu berjaya bersama saya? Saya rasa ya. Tapi dia harus memberikan sesuatu yang sangat saya suka," katanya.

Anthony Martial, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Serena William Disahkan Hamil

Artikel Lain