Real Madrid Juara Piala Kelab Dunia - Sukan | mStar

Real Madrid Juara Piala Kelab Dunia

REAL Madrid terpaksa bekerja keras sebelum hatrik Cristiano Ronaldo membantu Los Blancos menjuarai Piala Kelab Dunia selepas menundukkan Kashima Antlers 4-2 pada aksi final, malam Ahad.

Dua gol daripada Gaku Shibasaki mengejutkan Real apabila kelab tuan rumah mendahului 2-1 pada awal babak kedua.

Namun sepakan penalti Ronaldo membolehkan kelab gergasi Sepanyol itu menyamakan kedudukan sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Real kemudian menguasai masa tambahan dengan Ronaldo meledak dua lagi gol dalam tempoh 15 minit pertama untuk melengkapkan hatriknya.

Anak buah Zinedine Zidane itu mendahului permainan menerusi jaringan Karim Benzema seawal minit kesembilan.

Namun Kashima berjaya mengikat kedudukan menerusi gol penyamaan Shibasaki seminit sebelum rehat sehingga memaksa Real bekerja keras untuk meraih kemenangan.

Real menjuarai kejohanan tersebut buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Real Madrid , Piala Kelab Dunia

Artikel Sebelum

City Bangkit Tundukkan Arsenal

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain