suria

Pogba Mahu Jaringkan Lebih Banyak Gol Man United

Paul Pogba. Foto Reuters

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba berhasrat untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas berjaya membolosi gawang Swansea City pada awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Pogba mencatatkan gol dengan aksi mengagumkan pada minit ke-15.

Susulan usaha yang cemerlang berkenaan, Pogba berikrar untuk menjaringkan lebih banyak gol secara tetap buat pasukan di bawah pimpinan Jose Mourinho.

Bercakap kepada laman web rasmi kelab mengenai jaringannya kali ini berbanding gol lain sepanjang kerjayanya, pemain berusia 23 tahun itu berkata: "Saya perlu melihatnya semula tetapi saya fikir ia merupakan salah satu jaringan terbaik yang saya lakukan untuk Manchester United.

"Saya berharap untuk menjaringkan lebih banyak gol bagi membantu pasukan dan kita menang dan menang berterusan."

Gol berkenaan merupakan yang keempat buat Pogba sejak berhijrah dari Juventus pada musim panas.

Jaringan Pogba itu membantu Manchester United naik pada kedudukan keenam dalam Liga Perdana Inggeris dengan 18 mata selepas 11 permainan. - Mail Online


Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain