suria

Kritikan Mourinho Buat Shaw, Smalling 'Bingung'

GARA-gara kritikan pedas Jose Mourinho, dua pemainnya Luke Shaw dan Chris Smalling kini berada dalam dilema.

Pengurus Manchester United itu berkata, sesetengah pemainnya 'tidak kuat' untuk bermain ketika mengalami kecederaan.

Pasangan England itu tidak bermain ketika aksi kemenangan 3-1 ke atas Swansea City pada Ahad selepas memberitahu kepada Mourinho mereka tidak boleh bermain.

Mourinho mengeluarkan komen pedas secara terbuka mengenai dua pemainnya itu selepas terpaksa membuat perubahan di barisan pertahanan dan berkata: "Kami mempunyai pemain-pemain bermasalah".

Malah pengurus dari Portugal itu juga turut mengulangi perkara yang sama ketika berada di bilik persalinan pemain serta memberi bayangan bahawa dua pemain itu tidak mempunyai masa depan di kelab itu.

Menurut sumber kelab berkata: "Jose telah memberitahu beberapa perkara penting. Dia membuat pemain-pemain lebih sukar".

Pada Isnin, satu sumber terdekat dengan Shaw memberitahu bahawa pemain-pemain berasa 'bingung' dengan kritikan tersebut.

Shaw (kiri) bersama Mourinho.


Shaw,21, berdepan dengan kecederaan kaki ketika aksi tewas 2-1 kepada Fenerbahce.

Kecederaan yang sama yang dihadapi Shaw pada tahun lalu.

Malah Smalling juga turut tersentuh dengan kritikan tersebut.

"Smalling tidak yakin dia boleh bermain seratus peratus dalam keadaan cedera.

"Luke Shaw memberitahu saya pagi ini bahawa dia tidak berada dalam keadaan baik untuk bermain, jadi kami membuat barisan pertahanan lain.

"Terdapat perbezaan di antara berani, siapa yang mahu berdepan dengan pelbagai akibat, dan siapa tercedera yang boleh membuat perubahan.

"Sementara itu, pengurus sementara England, Gareth Southgate mempertahankan dua pemain itu walaupun terkeluar daripada senarai bagi perlawanan bertemu Scotland dan Sepanyol minggu ini.


Chris Smalling


"Adakah mereka tidak jujur? Saya tidak terlalu mengenali Chris tetapi tanggapan seperti itu (seperti Mourinho) bukan dari saya.

"Luke pula, saya amat mengenalinya dan mempunyai kecederaan yang serius. Dia bersama kami pada September lalu di bawah pengurusan Sam Allardyce dan sedar terdapat masalah dengan kakinya. Amat jelas sekali memang ada sesuatu.

"Selepas kecederaan, kita perlu menjaganya dengan baik kerana untuk mengimbangi situasi amat sukar, dan sebab itulah kita perlu mempercayai pasukan perubatan," jelasnya.

Southgate juga percaya bahawa dalam kes seperti ini (Shaw), seorang pemain perlu mengatasi halangan dari segi psikologi sebelum kembali sepenuhya di atas padang.

"Dengan kecederaan, proses pemulihan, terdapat aspek fizikal dan psikologi yang perlu diambil kira.

"Ia adalah sebahagian daripada satu proses sebelum membenarkan pemain kembali bermain.

"Malah terdapat pendekatan berbeza pada setiap pemain. Seperti (kata-kata semangat)'come on, you can'. Saya tidak tahu pemain yang tidak bermain kecuali mempunyai sesuatu (masalah).

"Saya juga tidak tahu alasan kenapa Mourinho membuat komen seperti itu. Jika mereka tidak bermain sudah ada sesuatu yang tidak kena," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain