suria

Paris Master: Andy Murray Mara, Saingan Rebut Ranking Teratas Dunia Berterusan

Andy Murray. -fotoREUTERS
ANDY Murray menewaskan Lucas Pouille 6-3 6-0 untuk mara ke pusingan keempat kejohanan Paris Masters dan meneruskan perjuangan untuk menyaingi pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic.

Murray berpandangan kemunculan semula Djokovic dalam perlawanan sebelum ini sebagai mengagumkan, dengan kedua-dua pemain sedang dalam perebutan untuk mendapat kedudukan teratas dalam ranking dunia bagi akhir musim ini.

"Saya melihat tiga perlawanan pertama perlawanan melibatkan Novak dan kemudian saya berbual dengan jurulatih saya tentang beberapa taktik dan hanya menunggu permainan saya," katanya selepas 72 minit beraksi menentang Pouille.

"Anda tidak mahu bazirkan tenaga dengan terlalu banyak menonton semua perlawanan dan tertekan dengannya. Saya hanya boleh mengawal perlawanan saya sendiri, jadi saya hanya perlu tenang dan tidak terlalu banyak menumpukan perhatian  pada perlawanan itu. Apabila saya turun ke gelanggang saya hanya perlu berdepan dengannya.

"Matlamat saya tahun ini adalah untuk mencuba dan menyudahkannya dengan cara terbaik. Cara yang terbaik adalah menumpukan perhatian kepada diri saya sendiri."

Murray berpotensi merampas kedudukan Djokovic sebagai pemain No. 1 dunia dengan kemenangan kejohanan minggu ini, sebelum menyertai Jelajah Akhir Dunia dan penamat musim di London.


Keputusan penuh pusingan ke-3:


Marin Cilic - David Goffin 6-3, 7-6

Milos Raonic - Pablo Cuevas 4-6, 6-1, 6-2

Jack Sock - Richard Gasquet 6-2, 3-6, 7-5

John Isner -  Jan-Lennard Struff 6-4, 6-7 (4), 6-3

Novak Djokovic - Grigor Dimitrov 4-6, 6-2, 6-3

Andy Murray - Lucas Pouille  6-3, 6-0

Jo-Wilfried Tsonga - Kei Nishikori 0-6, 6-3, 7-6 (3)

Tomas Berdych - Gilles Simon 6-4, 6-3

Artikel Sebelum

Artikel Lain