suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong NS Tidak Letak Harapan Tinggi

SEREMBAN: Kegagalan skuad bola sepak Negeri Sembilan untuk bangkit sejak tersingkir ke Liga Perdana pada 2014, menyebabkan penyokong pasukan itu tidak berani meletakkan harapan tinggi.

Malah pelantikan bekas jurulatih Kelab Medan Chiefs, Indonesia, Jorg Peter Steinebrunner sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) juga gagal menyuntik minat mereka yang kecewa dengan kegagalan demi kegagalan walaupun selepas bertukar jurulatih, pemain dan pegawai pasukan.

Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com) Ahmad Zaini Baharun berkata rentetan kegagalan sebelum ini, menyebabkan mereka tidak meletakkan harapan tinggi kepada Steinebrunner yang diumumkan sebagai Pengarah Teknikal PBNS.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar yang juga Presiden PBNS Datuk Seri Mohamad Hasan semalam yang turut menamakan Mohd Asri Ninggal sebagai jurulatih skuad Rusa.

Mohamad berkata pelantikan Steinebrunner, yang berasal dari Jerman itu adalah bagi memberi tumpuan khusus kepada sistem pembangunan bola sepak di negeri itu meliputi semua peringkat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaini berharap pencarian dan pembangunan bakat muda dapat diketengahkan secara terancang seterusnya membarisi skuad utama Negeri Sembilan.

"Kami menyambut baik langkah PBNS itu tetapi berharap ia bukanlah tindakan separuh jalan sahaja sebaliknya perlu ada sasaran dan berterusan serta ada kesinambungannya," katanya. -  BERNAMA

Negeri Sembilan, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Lain