suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Didenda, Dilarang Kendali Satu Perlawanan

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho dilarang mengendalikan satu perlawanan liga dan didenda sebanyak 50,000 pound (RM256,440) kerana melakukan kesalahan yang melanggar peraturan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Mourinho didakwa oleh FA kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pengadil Anthony Taylor sebelum pasukannya seri 0-0 dengan Liverpool.

Pengurus berusia 53 tahun itu diberikan masa sehingga 6 petang Isnin lalu untuk menjawab dakwaan itu dan dia mengambil keputusan menerima pertuduhan tersebut.

FA turut mendakwa Mourinho atas salah laku terhadap pengadil Mark Clattenburg yang menyaksikan pengadil kelahiran Portugal itu dibuang padang kerana mempertikaikan keputusan pegawai perlawanan itu.

Susulan hukuman FA itu, Mourinho akan menjadi penonton pada Ahad ini untuk menyaksikan anak buahnya menentang Swansea City di tempat lawan di Stadium Liberty.

Dia juga enggan mengulas lanjut tentang tindakannya terhadap Clattenburg.

"Soalan selanjutnya," kata Mourinho pada sidang media menjelang pertemuan Liga Eropah menentang Fenerbahce.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain