suria

Sambutan Lang Merah Di Stadium Darul Aman Esok

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan sambutan bagi menyambut kepulangan wira-wira Lang Merah yang berjaya menjulang Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, petang esok.

Setiausaha Kehormatnya Datuk Aminuddin Omar berkata sambutan itu diadakan bagi memberi peluang kepada penyokong Hijau Kuning untuk melihat sendiri Piala Malaysia yang berjaya dibawa pulang ke negeri Jelapang Padi itu.

"Majlis sambutan akan diadakan sebaik pasukan Lang Merah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira pukul 3.30 petang.

"Pemain akan diarak menaiki bas dua tingkat yang terbuka dan akan bergerak menuju ke Stadium Darul Aman bagi menyambut kemenangan bersama para penyokong," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi. -- Bernama



Artikel Lain