suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murray Cemerlang Di ATP Vienna

ANDY Murray berada pada laluan terbaik untuk merampas ranking No.1 dunia menjelang hujung tahun ini selepas menewaskan Martin Klizen pada ATP Vienna.

Pemain Britain itu menang 6-3 6-7(5) 6-0.

Dia akan bertemu Gilles Simon pada pusingan kedua hari ini.

Musuh tradisi Murray, Novak Djokovic mengambil sedikit masa untuk berehat sebelum kembali beraksi di Paris Masters pada hujung Oktober ini.

Ini bermakna, Murray boleh memintas juara Grand Slam 12 kali itu di Austria.

Sekiranya Murray memenangi kejohanan di Austria dan Perancis, dia boleh menamatkan penguasaan Djokovic selaku pemain No.1 dunia selama 27 bulan, seawal 7 November ini.

Namun ia juga bergantung kepada prestasi Djokovic dan Murray hanya perlu mengharapkan pemain berusia 29 tahun itu tidak mara ke aksi final di Paris.

Andy Murray, ATP Vienna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain