suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kompany Digantikan Akibat Keletihan - Pep

KAPTEN Manchester City Vincent Kompany meminta ditukarkan pada babak pertama ketika pasukan itu tewas 0-1 kepada Manchester United pada perlawanan Piala Liga Inggeris kerana keletihan.

Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu hanya disenaraikan dalam skuad utama sebanyak dua kali musim ini selepas bergelut dengan kecederaan pangkal paha sejak September lalu.

"Dia beritahu saya dia keletihan dan tidak bersedia untuk beraksi pada babak kedua.

"Perkara paling penting adalah dia tidak mengalami kecederaan, itu berita baik," kata Pengurus City, Pep Guardiola.

Kompany berkata dia akan bersikap 'jujur' dengan kakitangan perubatan mengenai tahap kecederaannya.

Pemain kebangsaan Belgium itu hanya beraksi dalam 25 perlawanan untuk kelab dan negara pada musim lalu.

Kompany digantikan Aleksandar Kolarov di Old Trafford dengan Juan Mata menjaringkan gol kemenangan sembilan minit selepas babak kedua bermula, membolehkan United mara ke pusingan suku akhir.

United akan bertemu West Ham pada aksi suku akhir.



Vincent Kompany, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Murray Cemerlang Di ATP Vienna

Artikel Lain