suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Lagi Aksi Chong Wei, Iskandar Di Terbuka Perancis

Datuk Lee Chong Wei
PARIS: Penyertaan Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin pada kejohanan badminton Terbuka Perancis telah berakhir.

Chong Wei, pemain nombor 1 dunia dan pilihan pertama telah menarik diri dari kejohanan Superseries Terbuka Perancis yang menawarkan hadiah AS$300,000 (RM1.25 juta) di Stade Pierre de Coubertin, Paris kerana kecederaan kaki.

Minggu lepas, Chong Wei mengalami kecederaan hamstring pada kaki kirinya ketika Terbuka Denmark yang menyaksikan beliau tewas kepada pemain Perancis, Brice Leverdez di peringkat suku akhir.

Pada Rabu, Chong Wei berkata: "Ia mungkin ketegangan otot di bahagian pinggul, tetapi ia masih dalam siasatan.

"Saya telah menarik diri daripada Terbuka Perancis kerana keadaan kaki saya masih membimbangkan. Saya akan pergi ke hospital sekarang untuk ujian 'ultrasound'. Kita akan mengetahui sejauh mana ia serius."

Beliau dijadualkan akan menyertai Terbuka Hong Kong dan Terbuka China bulan depan, tetapi penyertaannya itu kini belum dapat dipastikan.

Sementara itu, kempen Iskandar berakhir selepas tewas 11-21, 19-21 kepada pemain nombor 24 dunia, Shi Yuqi dari China pada pusingan pertama.

"Ini adalah pertemuan pertama saya dengan Yuqi. Kualiti perlawanan adalah tinggi. Saya gembira telah bermain lebih baik berbanding di Denmark.

"Tetapi saya masih berusaha keras... saya akan lebih bersedia untuk Terbuka China dan Terbuka Hong Kong," kata Iskandar.

Artikel Sebelum

Malaysia Akur Kepada India

Artikel Berikut

Artikel Lain