suria

Mourinho Belum Sedia Beli Rumah Di Manchester United

Mourinho (tengah) tinggal di Hotel Lowry sejak lima bulan lalu.

MANCHESTER United tidak memaksa Jose Mourinho untuk membeli rumah sendiri walaupun pengurus dari Portugal itu tinggal di sebuah hotel sejak lima bulan lalu.

Mourinho yang dilantik menguruskan skuad United sejak Julai lalu, kini tinggal di Hotel Lowry dan menganggap situasi sekarang 'sedikit malapetaka'.

Berbanding dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang sudah berpindah ke sebuah apartment bersama isteri, Christina dan tiga orang anaknya.

Manakala Mourinho menempatkan keluarganya di sebuah rumah mewah bernilai 25 juta pound di tengah kota London.

Isterinya, Matilde bersama anak perempuan berusia 19 tahun serta anak lelaki Jose Jr,16, telah mendapatkan biasiswa bersama Fulham.

Keluarga Mourinho

Bagaimanapun, difahamkan United lebih berhati-hati dengan situasi semasa sebelum membuat sebarang tawaran kepada Mourinho. Malah tidak akan memaksa Mourinho untuk berpindah dari Hotel Lowry yang turut menjadi tempat tinggal beberapa staf United serta pemain seperti Paul Pogba, Henrikh Mikhtaryan dan Eric Bailly.

United juga tidak ada masalah sekiranya Mourinho terus tinggal di situ memandangkan di seorang yang 'kuat bekerja' dan setiap hari tiba lebih awal di pusat latihan Carrington serta balik paling lambat.

Pengurus berusia 53 tahun itu mengesahkan pada Selasa bahawa dia lebih berminat dengan perancangan masa depan seperti yang dibuat kepada Louis van Gaal sebelum ini yang menyewa sebuah rumah di kawasan perkampungan Cheshire, Hale.

Mourinho juga sentiasa mengatur jadualnya untuk melawat keluarga dan melihat anaknya menjalani latihan.

"Beli rumah? Saya belum pasti mengenai perkara itu.

"Realitinya anak perempuan saya akan berusia 20 tahun minggu hadapan, anak lelaki pula bakal berumur 17 dua bulan lagi.

"Keadaan mereka stabil, belajar di universiti di London. Bola sepak di London dan kawan-kawan mereka di sana.

"Jadi pada usia sekarang, mereka tidak 'mengejar' saya seperti sebelum ini. Buat pertama kalinya, kami sekeluarga tinggal berasingan. Dan kami akan lihat sejauh mana boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

"Tetapi sekiranya saya mendapat sebuah apartment yang sesuai - bukan rumah yang besar, saya mungkin akan membelinya. Tetapi saya tidak pandai memasak!


Hotel Lowry turut menjadi tempat tinggal Pogba, Mkhitaryan dan juga Bailly.

"Dan untuk hotel dan jenama pakaian yang ditaja kepada saya, ia amat menakjubkan kerana jurufoto berada di sini setiap hari.

"Semua orang tahu nama hotel dan jenama pakaian terbaharu yang tiba.

"Tetapi bagi saya, ia seperti malapetaka kerana kadang-kala saya mahu juga berjalan-jalan, tetapi tidak boleh.

"Saya hanya mahu berjalan melintasi jambatan dan pergi ke restoran. Juga tidak boleh dan ianya sangat teruk.

"Tetapi saya mempunyai aplikasi sendiri yang boleh membuat pesanan dan penghantaran makanan," jelas Mourinho mengenainya situasi tinggal di hotel.

Jose Mourinho, Hotel Lowry

Artikel Berikut

Artikel Lain