Raikkonen 'Bengang' Aksi Bahaya Verstappen - Sukan | mStar

Raikkonen 'Bengang' Aksi Bahaya Verstappen

AKSI panas Kini Raikkonen dan Max Verstappen berlarutan hingga ke luar litar selepas perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium pada Ahad malam.

Kedua-dua pelumba itu mengalami perlanggaran di selekoh pertama menyebabkan Raikkonen menamatkan aksi di kedudukan kesembilan manakala pemandu muda Red Bull itu di tangga ke-11.

"Saya boleh menerima kenyataan sekiranya perlumbaan sengit dan adil. Tetapi, pada pandangan saya apa yang berlaku di Eau Rouge bersama Verstappen adalah tidak betul.

"Ketika itu saya berada dalam kelajuan tertinggi dan perlu memperlahankan jentera sebelum Turn 5 kerana dia tiba-tiba berada di depan saya ketika cuba memintasnya.

"Saya tidak pernah mengalami situasi ini dengan pelumba lain. Jika saya membrek mengejut, pasti saya akan melanggarnya dan menyebabkan kemalangan besar berlaku," jelas pelumba Ferrari itu.

Raikkonen, Versteppen dan Vettel berlanggar di selekoh pertama.

Dalam pada itu, Verstappen yang menjadi pemain termuda memulakan perlumbaan di petak kedua tidak menghiraukan kemarahan Raikkonen terhadapnya.

"Sesuatu yang menarik untuk siaran televisyen apabila seseorang itu 'merintih sakit'.

"Saya tidak akan berputus ada mempertahankan posisi sendiri dan jika seseorang tidak menyukainya, terpulang kepada mereka," jelas Verstappen yang menyalahkan Sebastian Vettel sebagai punca kemalangan itu berlaku.

Kejadian itu berpunca apabila pelumba berusia 18 tahun itu enggan memberi laluan kepada Raikkonen dan rakan sepasukannya, Vettel untuk memintasnya di barisan kedua.


Verstappen melayan penyokong-penyokongnya di litar sendiri.


Verstappen cuba untuk mengekalkan kedudukan dengan memintas laluan Raikkonen di Turn 1 sehingga kedua-dua pelumba itu berlanggar termasuk Vettel yang berada dalam kelompok itu.

Ketiga-tiga jentera terbabit terpaksa dibawa ke pit untuk membaiki kerosakan sebelum meneruskan perlumbaan.

"Sebastian tidak nampak bahawa terdapat satu lagi jentera di situ. Dia menjangkakan saya akan membelok di selekoh terbabit, namun saya tersekat di tengah kedua-dua jentera (Vettel dan Verstappen).

"Akhirnya kami berlanggar sesama sendiri dan menyebabkan perlumbaan berakhir dengan keputusan yang tidak menarik," jelas Raikkonen lagi.
Kimi Raikkonen , Max Verstappen , F1

Artikel Sebelum

Atlet Paralimpik Luar Biasa - Jeanne

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain