suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kian Meng-Pei Jing Rangkul Kejuaraan Pertama Di Terbuka Vietnam

KUALA LUMPUR: Selepas tiga kali kempunan di pentas final, beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing akhirnya menamatkan penantian merangkul kejuaraan badminton antarabangsa pertama mereka.

Gandingan yang baru dipasangkan pada akhir tahun lepas itu hanya mengambil masa 35 minit untuk meraih gelaran di kejohanan Grand Prix Terbuka Vietnam dengan menundukkan Alfian Eko Prasetya-Annisa Saufika dari Indonesia 21-16, 21-11.

Ini adalah satu kepuasan peribadi buat Kian Meng, 21, dan Pei Jing, 23, yang sebelum ini tewas di pentas akhir Malaysia Masters pada Januari, kejohanan Antarabangsa Poland (Mac) dan Terbuka Taiwan, awal bulan ini.

Kejayaan pasangan itu juga melegakan peminat badminton negara yang sebelum itu melihat pemain perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng tunduk kepada pemain Hong Kong, Vincent Wong 12-21, 21-14, 13-21 di final.

Nasib Wei Feng turut dikongsi beregu veteran lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang kalah kepada pasangan Taiwan Lee Jhe-Huei-Lee Yang dengan 21-18, 14-21, 7-21.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain