suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Everton Setuju Dapatkan Axel Witsel £25 Juta

Axel Witsel.

EVERTON bersetuju dengan jumlah bidaan £25 juta (RM133.17 juta) bagi mendapatkan Axel Witsel daripada kelab Zenit St Petersburg.

Kedua-dua pihak kini sedang menunggu pemain Belgium itu untuk bersetuju dengan kontrak tawaran berkenaan.

Pengurus Everton, Ronald Koeman bersedia untuk memeterai perjanjian buat pemain berusia 27 tahun itu yang turut diintai Chelsea, Napoli dan Inter Milan.

Witsel memberitahu Zenit bahawa dia mahu berhijrah dan kelab Rusia itu menerima permintaan Everton terlebih dahulu berbanding pesaingnya setakat ini.

Pengurus Zenit, Mircea Lucescu berkata: "Dia telah bercakap dengan kelab dan dia minta untuk berhijrah. Dia mempunyai dua tawaran dari Itali dan dua dari England.

"Kelab ini meletakkan penilaian yang tinggi terhadap dia kerana dia seorang pemain yang penting, salah seorang yang mempunyai standard antarabangsa. Kita bercakap mengenai seorang pemain yang boleh bermain dengan baik dalam banyak pasukan."

Witsel menyertai Zenit dari Benfica dengan £34 juta (RM181.11 juta) pada 2012 dan dikaitkan dengan beberapa kelab sepanjang tempoh 18 bulan tetapi cubaan untuk mendapatkan pemain itu amat sukar. - Mail Online

Axel Witsel

Artikel Lain