suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Intai Riyad Mahrez

ARSENAL masih menaruh minat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez, bagaimanapun pasukan itu masih belum membuat sebarang tawaran.

Media di Perancis pada Sabtu mendakwa perjanjian 41.8 juta pound itu pasti akan dimetrai selepas ejen pemain berusia 25 tahun itu, Kamel Bengougam berbincang dengan Arsenal sebaik perlawanan persahabatan menentang Lens, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Bengougam menafikan sebarang perjanjian telah dibuat dengan pasukan tersebut.

Arsene Wenger tetap mengagumi Mahrez walaupun pengurus Leicester City, Claudio Ranieri telah membuat kenyataan secara terbuka mengenai pemain yang kekal beraksi di Stadium King Power.

"Ia telah berakhir, keputusan telah dibuat, Mahrez mahu kekal", kata Ranieri.

Kontrak yang telah ditambah baik itu telah disediakan untuk pemain sayap itu, bagaimanapun dokumen itu belum ditandatangani.

Riyad Mahrez, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain