suria

Man United Dalam Rundingan Akhir £110 Juta Untuk Pogba

Paul Pogba. Foto Reuters

MANCHESTER United dilihat akan memuktamadkan perpindahan yang mencatatkan rekod dunia dengan jumlah £110 juta (RM585.95 juta) bagi mendapatkan Paul Pogba daripada Juventus.

Dilaporkan, Manchester United berharap untuk memuktamadkan perpindahan itu minggu depan.

Rundingan kini di peringkat akhir selepas ejen Pogba, Mino Raiola terbang ke Miami untuk bertemu dengan pelanggannya dan membincangkan butiran lebih terperinci.

Pada Sabtu, Juventus bersetuju untuk membayar £78 juta (RM415.49 juta) kepada Napoli untuk penyerang Gonzalo Higuain.

Bagaimanapun terdapat penerimaan dari kelab Itali itu sekiranya Manchester United bersetuju untuk membayar tambahan £18.4 juta (RM98.01 juta), mereka akan membenarkan pemain berusia 23 tahun itu kembali ke Old Trafford.

Manchester United sebelum ini dilaporkan menawarkan £86 juta (RM461.46 juta) bagi membawa masuk semula bintang Perancis itu tetapi ditolak oleh Juventus. - Mail Online

Paul Pogba

Artikel Berikut

Artikel Lain