suria

Liga Super: Kedah Tewaskan T Team 1-0

Pemain Kedah Smeltz Shane Edward (tengah) mengawal bola sambil diasak pemain pertahanan T Team pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Sabtu malam. Foto: Bernama

KEDAH berjaya mengisi slot empat pasukan teratas Liga Super selepas berjaya menewaskan T Team 1-0 di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Sebelum itu, pengadil perlawanan Mohd Faruzi Mat Desa terpaksa menangguh sepak mula selama 15 minit selepas hujan lebat di Alor Setar sehingga menyebabkan padang tidak dapat digunakan untuk sementara waktu.

Hanaya pada minit ke 22 barulah Kedah berjaya melakukan serangan berkesan apabila tendangan kencang Halim Shaari terkena palang gol T Team terus keluar dan terselamat pelawat dari ketinggalan satu gol.

Rentak permainan kedua-dua pasukan bermula perlahan akibat keadaan padang yang ditakungi air, sebelum Kedah memulakan serangan bagi memburu gol.

Shane Smeltz yang diturunkan sebagai penyerang utama Kedah tidak menunggu lama untuk memanaskan suasana apabila memberi tekanan kepada skuad T Team.

Pada minit ke-30 Smeltz cuba mendapatkan gol pertama, namun tandukannya berjaya di selamatkan pertahanan lawan.Bagaimanapun ia tidak bererti T Team tidak berusaha untuk mendapatkan gol sebaliknya mereka turut melakukan serangan balas.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama ditamatkan oleh Mohd Faruzi.

Empat minit babak kedua bermula, Kedah berjaya memperolehi gol pertama menerusi Smeltz.

Jaringan tunggal itu hasil tampanan Syafiq Ahmad selepas Farhan Roslan melakukan hantaran lintang dari kanan gol lawan.

Ketika perlawanan seakan menuju ke penamat, T Team hampir menyamakan kedudukan menerusi Delshod Shrifudinov, malangnya tendangan pemain tersebut melewati palang gol Kedah.

Kedah, T-Team, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain